Ahad, 24 Ogos 2008

UTUSAN ME- LAYU-LAYU

Sesiapa yang datang dari Selatan ke Permatang Pauh dan melintasi tol Juru akan bertemu dengan satu kumpulan penyokong United Malays National Organisation yang menghulurkan akhbar-akhbar secara percuma ke setiap kereta yang sedang membayar duit tol.

Di akhbar-akhbar ini tercop – Hadiah Untuk Pengundi.

Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST yang tidak ramai pembaca ini terpaksa diberi percuma untuk bakal pengundi.

Petang Ahad jam 4.00 di Permatang Pasir telah kelihatan seorang lelaki yang berbungkus kepala dan memakai cermin mata hitam bergerak menyebarkan akhbar-akhbar ini.

Lelaki ini begitu malu kerana menyebarkan akhbar ini maka dia terpaksa menyorokkan mukanya daripada dikenali oleh orang ramai.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalo aku pon malu woo... "kalo la org kampung aku tgk mau kena halau kluar kampung" rintih hati kecil si pengedar akhbar usang meloya

Tanpa Nama berkata...

bro..kasi tukar skit la
UTUSAN MERAYU-RAYU