Jumaat, 12 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Kuala Lumpur nyaman
Tuan empunya warong jajan tersenyum
Mata hari bersinar awan hitam tidak kelihatan

Hari Raya lagi 19 hari
Masa dan waktu berjalan cepat

Pagi tadi jam 2.30 leterik di mukim saya gagal.
Lilin pun tidak ada
Kurvy, Siti dan Mami melangok hairan kerana saya mengelabah
Angin ribut semakin kuat
Saya melihat gelap

Lalu teringat bertapa lemahnya manusia moden yang bergantung pada leterik. Satu masa yang agak lama dahulu saya juga tidak ada leterik. Kami sekeluraga mandi di perigi. Sampai hari ini perigi itu masih wujud dan kami jagai walau pun tidak dipakai.

Modeniti membawa selesa. Keselesaan datang. Yang hilang ialah azali yang kita miliki – kekuatan untuk berdiri tanpa tupang.

Modeniti membawa banyak tupang - kita bergantung kepada peti sejuk, kereta, leterik, talipon bimbit, alat pendigin, kipas angin, internet dan seribu satu macam benda-benda yang dibawah oleh modeniti.

Sesudah sahor leterik tidak juga sampai. Lalu tidur. Bila bangun leterik tidak juga sampai. Jam 1.30 saya menerima s.m.s pertama bertulis : Petra kena ISA.

Kurvy, Siti, Mami dan saya hanya melangok menunggu leterik di betulkan. Hampir jam tiga barulaaa leterik dapat dipulihkan.

Bila membuka net ada satu pesan di blog yang wajib kita kongsi bersama. Ini bunyinya:…bang bang cepat bangun… raja petra kena tahan ISA. Siapa manusia yang baik hati ini. Saya pun tidak pernah tahu. Kita hanya bertemu dialam siber.

NOTA: bila kita semua berbuka petang ini marilah kita mengingati raja petra dan puluhan tahanan ISA.

Kepada yang menghantar catatan tanda gembira kerana raja petra ditanggap – saya tidak ada apa-apa ulasan. Saya bukan seorang yang warak. Tetapi saya tidak pernah dan tidak akan berselindung atas nama Yang Maha Esa untuk melakukan kejahatan.

Kepada saudara yang gembira apabila raja petra ini ditangkap, katakanlah satu hari nanti motosikal saudara bocor – tukar tiub jika disitu pasti akan datang membantu. Katakanlah satu ketika nanti ISA datang pula untuk saudara, Tukar Tiub akan juga datang membantu berkempen untuk saudara.

Bukan atas nama agama kita melakukan sesuatu. Kita melakukan sesuatu kerana pekara yang kita lakukan itu betul dan membawa manafaat kepada orang rami.

p/s Kurvy, Siti  dan Mami sedang tidur

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ergkh bengang gila dengar rpk kena masuk isa. grr.

Tanpa Nama berkata...

selamat berbuka puasa Isham...TEKNOLOGI membawa kita kepada kemalasan...kalau ada machine yang bulih di suruh berpuasa pasti orang beli untuk menggantikan puasa mereka..kah kah kah..


cheruk to'kun

AnakSemuaBangsa berkata...

Salam..

Raja Petra ditahan ISA.

Tak tekejut.. tapi menbuatkan panas sampai ketelinga..
KENAPA.?
KERANA..

1.Benarkah kerana hina Islam yang menjadi punca.?Kenapa tidak di"ISA"kan Mahaf*raun yang pernah hina janggut nabi.?Kenapa tak "ISA"kan Astra Jabat yang pernah menhina Islam.?

2.Jika articlenya menggangu dan mengancam keselamatan negara,mengapa tak "ISA"kan Ahmad Ismail yang mempertahankan keyataannya berbau perkauman jelas menyebabkan orang-orang cina marah.

UMNO/BN akan men"ISA"kan siapa sahaja yang melawannya.

p/s-sumber dari
http://one-g.blogspot.com
TranungKite.net

Selamat..takbir!!

Amin Ahmad berkata...

Depa rasa RPK ada simpan banyak maklumat kot?

Depa ingat pi sauk RPK time nak solat Jumaat tu Islamik sangat kot?

Tapi sdr Isham jangan terkejut, Mustapa Ali dan konco2 nak join UMNO boleh senyum cool lagi..Islam sangat la tu (dalam domain awam ni takleh cakap bertapis sangat kadang2).

kulupSakah berkata...

dulu..dengar radio pun pakai 6biji bateri tidur tengahari sebelah bapak sambil dengar drama radio....

RPK- Raja Paling Kental vs
BN - gomen takde Kontol

february violet berkata...

negara lain mesti tengah ketawa berdekah-dekah kerana mendengar berita dari malaysia sejak kebelakangan ini. asyik ada saja sandiwara, drama mengalahkan telenovela mexico...sandiwara malaysia tak ada kesudahannya. plot sentiasa bertambah, pelakon sampingan semakin asyik nak menonjolkan kehebatan masing-masing, tapi....di penghujung cerita biasanya hero akan menang, walau tragic sekalipun kebaikan akan mengatasi kejahatan. semoga "the end" akan tiba secepat mungkin.

p/s i can't wait to find my pot of gold (kalu aku mati sekurang-kurangnya goldie the gold fish cukup makanan) - first i need to find the rainbow's end.

cepat la sesiapa saja tak kisah dsai atau mana2 mamat, minah, ah kau, ah tu, ah moy, ah seng, ah beng, ...ANYONE PUH....LEEEEEEEEEEZ SAVE MALAYSIA.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera. Saya bukan berbangsa melayu mahupun beragama Islam tetapi saya faham bulan Ramadhan bulan yang mulia dan harus dihormati oleh semua umat manusia.

I find it disturbing to see and hear so many actions that is most unbecoming being publicly displayed during this holy month. Have they who engaged in these shameless acts lost all propriety and decency?

Has the month of Ramadhan lost its significance to Malaysians?

I hope good sense will prevail.

AM

Stormbringer berkata...

den sodeh abang rpk kono tangkap. mano keadilan eh? tak ado. what's the reason for the detention? only GOD knows.

apo nak jadi lah dunio skaghang ni. i'm speechless. tak tau apo nak den cakap an laie...

den dah agak dah. dioghang ni tunggu maso yo nak cokau abang kito yang soghang tu.

takut agak eh tu...

what ever it is, we pray for his health and safety.

Amin...

Tanpa Nama berkata...

Solidarity dengan RPK

Bro

Katakanlah Si Ezam sekali lagi kena tahanan ISA (''katakanlah'') Tukar Tiub akan juga datang membantu berkempen untuk dia ???

Nota: Private and Personal (This comment is to be DISCARDED after viewing by moderator !!!

Tanpa Nama berkata...

laku la surat khabar dua tiga empat hari nie...melompat la botak N...

Tanpa Nama berkata...

Dear Hisham

Kita sbg muslim diajar utk buat sesuatu ikhlas kerana Allah...

Ingat2 lah...

Tanpa Nama berkata...

Orang-orang yang memperjuangkan kebenaran akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t. Bagi orang-orang yang gembira sangat apabila RPK ditangkap mestilah ingat bahawa itu bukanlah kegembiraan yang sebenar. Kegembiraan yang hakiki ialah apabila kita dianugerahkan syurga oleh Allah s.w.t di mana mengalir sungai di bawahnya dan berbagai-bagai kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di dalam fikiran. Apa yang pasti, syurga ini hanya disediakan bagi para pejuang kebenaran (menegakkan kalimah Allah di muka bumi). Bagi orang-orang yang tidak berjuang untuk menegakkan kebenaran bahkan merasa tersangat gembira apabila orang-orang yang menegakkan kebenaran ditangkap, akupun tak tahu apa yang Allah s.w.t akan sediakan untuk orang-orang sepeerti itu. wallahua'lam

shahrizalisme berkata...

To Monsieur Pete and Madame Marina,

Be strong, people love you so much!

and Monsier Hisham, you cool,moi aussi je t'aime!

Ciou!

Tanpa Nama berkata...

Hai saudara Tanpa Nama


Kita lakukan apa apa di dalam hidup itu ikut apa yang baik, jujur, amanah, yang benar, yang adil dengan rasa sayang di hati.

Ini tetap dan harus, tidak kira agama kita, atau tidak kira sama ada seseorang itu percaya pada Allah atau tidak.



Paham?