Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 27 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Hujan petang, redup dan kabus
Kanak-kanak risau kalau raya ujan
Tok peraih risau
Barang tak abis

Raya lagi tiga hari

Kueh bertimbun-timbun di jalan chow kit
Kain baju melambak di jalan masjid india
Malam ni malam menuai untuk tok peraih

Banyak nak dibeli sebelum ke kampung
Ramai menunggu lelong di malam raya
Ramai berharap ada harga borong

Berligarlah malam ni
Dari malam hingga subuh
Mencari suasana raya
Dari shah alam ke cheras
Dari gombak ke keramat

Duit kertas belum bertukar
Sampul angpau belum ditemui
Mercun masih dicari

Untuk anak-anak
Duit raya bersampul surat
Satu budaya raya
Untuk anak-anak
Duit raya bersampul surat
Satu budaya melayu
Mereka tidak sedar ianya muncul hanya 20 tahun dahulu
Dari budaya tionghua dan kong hee fatt choi

Inilah bukti yang budaya berubah dan berganti
Kita menerima dan kita memberi
Kita memakai dan kita merayakan

Inilah bukti budaya meresapi budaya
Tidak ada yang tuan
Tidak ada yang hamba
Kita anak semua bangsa
Beraya dan merayakan kehidupan

Seratus tahun dari hari ini
Sampul surat angpau ini
Adalah tanda abadi
Tanpa menteri budaya
Dan jabatan perdana menteri
Tak perlu kempen
Heboh-heboh dalam tv
Kita boleh hidup tanpa syak dan sangsi
Anak semua bangsa
Adalah warga bumi ini



6 ulasan:

hafiz berkata...

hari raya tiga hari lagi.
lagi tiga hari adalah hari raya. ramai orang pulang ke kampung.
dan kampung2 kan jadi ramai.
kereta besar. motor besar.
yang tiada kereta. yang naik tren.
semua pulang berhari raya.
kmpung akan jadi bandar.
ramai orang disana-sini.
yang duduk di kamunting.
juga menyambut hari raya.
ya. dalam kurungan.
dalam halangan.
tetapi. hari raya tetap disambut.
ya. ia tetap disambut.
selama tiga hari lagi hari raya!

alifreyes or berkata...

selamat hari raya tuk saudara..

raya jgn lupe hupdate blog k..

xkan nak tgk rtm lak heee

daLyaanoon berkata...

bang isham..
slamat lebaran...
moga ketemu Ramadhan akan datang...

yb4all berkata...

Saudara Isham

Saya tidak shopping di KL, walaupun tinggal dalam KL.

Saya dengar padat dengan orang.
Saya dengar orang sesak giler.
Tak nampak barang tapi nampak
tubuh badan orang.

Beratur naik eskelator sogo
beratur macam kanak-kanak.

Jalan raya sesak giler.
Kereta dalam gear 1 & 2.
Panjang tak boleh kata
ekor, kepala entah di mana

Saya takut giler
Kecut perut fikir penat
Fikir penat pun teramat penat.

Orang keluar, saya hantar ke LRT
Orang balik, saya ambil di LRT.
bunyi macam jauh
tapi dekat sangat
ada bumbung yang teduh pula
dari luar gate rumah ke stesen LRT
Jalan kaki, 5 minit

Tapi ini KL,
pedal minyak, itu kakiku.

Manja, itulah saya.

puterabumi berkata...

Masa balik kampung, berhati-hati di jalan raya.

MODERATOR indie berkata...

Selamat bersahur buat Datok Paduka Profesor Diraja Dr. Tuan Haji Hisahmuddin Rais al Jolobuly.


isham, malam ghayo nanti buek apo jang? Meh datang umah laa...kita sembang2 sambil bakar meghiam buloh dopan lama den.

Kasi tembak itu KLCC...melotup-lotup eeih!