Selasa, 17 Mac 2009

LAGI 120 MINIT SUSPEN !!!



LEMBAGA DISPLIN TENTUKAN NASIB CALON UMNO PETANG INI
- mStar


Nasib lebih 20 calon yang bertanding jawatan utama dijangka diketahui nasib mereka - berhubung kes politik wang petang ini.

Lembaga Disiplin Umno dijadual mengadakan sidang media khas 4 petang.

Menurut sumber, badan itu dipercayai mengumumkan hasil siasatannya melibatkan pemimpin-pemimpin terbabit.

"Kemungkinan sidang media esok (hari ini) bertujuan untuk umumkan mengenai politik wang," kata sumber bekenaan.


kah kah kah.... SIAPAKAH DIA 20 PENYAMUN TARBUS ITU?.... kah kah kah...




7 ulasan:

Hanief berkata...

kalau tak silap, Ali Rustam selalu disebut-sebut Pak Lah. Tak mungkin Pak Lah akan menghukum si Ali. Ali pun selalu bela Pak Lah.

Tapi memang rekod Ali bermasalah. Ada sahaja aduan orang kampung di Melaka yang terpapar di kaca TV.

Sejauh mana Pak Lah nak buat perubahan?

BoyDontUcry berkata...

yeah!!
dah pukul 4 petang....

Tanpa Nama berkata...

Selain Ali, KJ, Khir Toyol juga akan habis. Begitu juga calon Naib Presiden yang bertaraf Menteri....

Sebenarnya, kalau betul-beul bertindak, semua akan habis... Clear.....

Tanpa Nama berkata...

pecah berita..ternow!!

Ali Rustam dilarang tanding timbalan presiden
Abdul Rahim Sabri | Mar 17, 09 4:22pm
Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Manakala calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pula diberi amaran.

Seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam sidang akhbar khas yang sedang berlangsung di ibupejabat Umno di ibunegara petang ini.

___________________________________________

mengapa KJ hanya diberi amaran?

mengapa toyo di'bersih'kan?

fryshadow berkata...

politik wang? cakap je la rasuah kan senang nak paham dek rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Mt ngantuk strike back...mt ngantuk mula bangun-bangun buka mata.anvance april fool day wahai MT Mongol...wa,ka,ka.

Tanpa Nama berkata...

kesalahan rasuah pada UMNO politik wang.. sebab nak bodohkan orang melayu yg org itu tak bersalah bila buat rasuah.
lepas tu tetap kekal jadi ketua menteri Melaka.
kan nampak cilake besau sampau hawau makan gaji haram je...