Selasa, 17 Mac 2009

WOIT ! APA TUDUHAN JAHAT GOBIND ?


HUKUM SETIMPAL TUDUHAN JAHAT GOBIND
– berita hairan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata keputusan Dewan Rakyat hari ini menggantung keanggotaan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) selama setahun adalah setimpal dengan kesalahannya membuat tuduhan "jahat" terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, hukuman yang berkuatkuasa hari ini diputuskan selepas mengambil kira kesalahan Gobind yang menyalah guna kuasa sebagai Anggota Parlimen dengan membuat tuduhan serius serta berniat jahat terhadap Timbalan Perdana Menteri pada 12 Mac lalu.

"Saya rasa itu hukuman yang adil kepadanya dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dengan bukan sahaja menuduh Pekan (Najib adalah Ahli Parlimen Pekan), tetapi berdasarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga ketua Whip Barisan Nasion


PENDUDUK PUCHONG KESAL DENGAN GOBIND
- melayau

Penduduk kawasan Puchong kesal dengan tindak-tanduk Ahli Parlimen mereka, Gobind Singh Deo sehingga digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama 12 bulan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati mereka kecewa kerana penggantungan tersebut bermakna mereka tiada wakil di Parlimen untuk bersuara.

Seorang pesara yang ingin dikenali sebagai Leong, 56, berkata, dia kesal dengan Gobind yang asyik berpolitik dan tidak bersungguh-sungguh membantu rakyat.

Menurutnya, dia tidak begitu mengenali Gobind kerana jarang turun padang.


PENGAJARAN KEPADA WAKIL RAKYAT
-melayau

Semua wakil rakyat perlu menjadikan iktibar hukuman gantung selama 12 bulan yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat agar sentiasa menjaga budi pekerti dan peradaban.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sebagai wakil rakyat, segala pertuturan dan pandangan bukan sahaja boleh membantu rakyat di kawasan yang diwakili, malah turut menjadi ikutan kepada anak-anak muda.

Menurutnya, sebagai seorang yang berhormat dan terhormat, wakil rakyat perlu membentuk pemikiran rakyat dengan penuh beradab dan budi bahasa yang tinggi.

"Kita tidak mahu wakil rakyat membentuk pemikiran rakyat seolah-olah tidak ada batasan ketika hendak melontarkan sesuatu pandangan tanpa mengikut peraturan persidangan di Dewan Rakyat," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kongres Kebudayaan Melayu II di sini hari ini.

Selain dihukum gantung, Gobind juga tidak akan menerima sebarang elaun dan kemudahan sebagai ahli Parlimen dalam tempoh itu.


kah kah kah…. BAGILAH TAHU PEMBACA MELAYU APA YANG BERLAKU…kah kah kah…

woit…. APA YANG DI CAKAPKAN OLEH GOBIND? …. kah kah kah…

kah kah kah…. APA DIA TUDUHAN JAHAT ITU?…. kah kah kah…

woit…. JAHAT MACAM MANA ?.... kah kah kah..

woit… NAK BENTUK FIKIRAN RAKYAT ATAU NAK MENIPU ORANG MELAYU…. kah kah kah…

woit…. HENTIKAN LAH PROJEK PEMBODOHAN MELAYU…. CUKUPLAH…. DAH RAMAI MELAYU BODOH…. kah kah kah



5 ulasan:

Khun Pana aka johanssm berkata...

Kita tak undi Si benggali untuk ampu atau bodek.
Kita undi Benggali untuk gali se berapa dalam yang boleh.

Persatuan mahjong Puchong apa mau bimbang?
Persatuan kereta ayam Bukit Bintang belum bimbang , jadi puchong bimbang apa?

Yang penting ialah cari siapa arah bunuh Altantuya .Dapat cari siapa yang beri arahan maka orang itu tak Boleh jadi PM.
Orang itu mesti masuk Sg. Buloh.
Sg. Buloh tak sama dengan Sg.Wang.

Gobing tendang penalty kick , tapi goal post di jaga oleh 140 goal keeper.
Ada kah ini adil?
Macham 30 monyet muda lanyak satu singa tua ..adakah ini budaya melayu?

Cob Nobbler berkata...

Awek aku orang Puchong woit!Dia cakap ok je si Gobind.

Apa kejadahnya wakil rakyat hari-hari nak ngadap hidung?Asal kerja siap dah la.

Macamlah Najib setiap hari kat Pekan?Macamlah Khairy setiap hari kat Rembau?

Tanpa Nama berkata...

aku bimbang..
lepas ni gobind pulak yang HILANG..

Tanpa Nama berkata...

Kalau Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata keputusan Dewan Rakyat hari ini menggantung keanggotaan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) selama setahun adalah setimpal dengan kesalahannya....

Bagaimana pula dengan Dr. Zambry Menteri Besar Perak (kedua) digantong dari tugasnya dalam DUN kerana menerima perlantikannya sebagai MB dan dituduh sebagai menghina dewan...? Kenapa pergantongan itu dipertikaikan...?

Kerana kuasa maka BN dilihat berada dipihak yang benar saja walaupun mereka sememangnya tidak mempedulikan peraturan dan undang-undang yang sepatutnya dipatuhi.

Tanpa Nama berkata...

Berani lah Najib nk hilang kan Gobind tu.

Dia tak tahu ke group2 Liberation Press dah berkampung kat Thailand tu.Tggu mase nak sembur lu Najib.hahaha

Mimpilah lu nak jadi PM najib oi.Hari pertama ko jadi PM.Rakyat hari2 akan buat demo besar melawan kamu Najib.