Rabu, 11 Mei 2011

APA MAKNA ASSET CIA?




KERJA ORANG DALAM





MATINYA SEORANG OSAMA


Ketika bangunan World Trade Center di New York dilanggar kapal terbang aku duduk dalam satu sel dengan Tian Chua dalam kem tahanan Kamunting. Kami dikawal dari mengetahui apa yang sedang berlaku diluar penjara. Akhbar yang dimiliki oleh United Malays National Organisation hanya diberi satelah enam bulan kami ditahan. Akhbar ini pun telah dipotong-potong untuk memastikan kami tidak tahu apa yang sedang berlaku diluar penjara. Hasilnya aku ketinggalan dengan semua bentuk berita.

Aku tidak mengetahui apabila berlakunya serangan ke atas WTC di New York pada Selasa itu. Hanya esoknya, hari Rabu Elizebeth Wong telah datang melawat Tian Chua dan dia membawa berita ini. Aku dengan serta merta merasa agak was was tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Percambahan fikrah aku tidak membenarkan aku menerima dan menelan bulat bulat apa sahaja fakta dari kuasa daulah tanpa ditapis.

Dalam masa yang sama - tidak jauh dari blok aku ialah blok Al-Maunah. Warga Al-Maunah ini telah sampai ke Kamunting beberapa bulan lebih awal dari aku. Bila aku menyelidik dan bertanya dengan anggota Al-Maunah ini sendiri maka aku lihat mereka telah diperangkap dengan satu mondus operandi operasi hitam untuk menghalalkan pengunaan ISA – penjara tanpa bicara.

Bila aku kaji kes Al-Maunah maka aku merasakan ledakan WTC ini juga adalah satu operasi hitam. Tetapi pada ketika itu pembacaan dan maklumat yang mungkin dapat aku cungkil tidak wujud. Dari Kamunting tidak mungkin aku dapat menganalisa dan mengkaji latar belakang serangan pada 9/11 ini.

Satu minggu sesudah 9/11, aku telah di bawa ke Kuala Lumpur untuk bicara kes Tunjuk Perasaan Reformasi. Dari Kamunting kami di bawa ke Rumah Pasong Sentul sebelum kami dipindahkan ke satu tempat sulit di pinggir kota Kuala Lumpur. Di rumah pasong inilah kali pertamanya aku melihat klip dua buah kapal terbang yang menuju ke arah ke WTC kemudian meletup. Aku mencuri lihat klip ini dari kaca TV di rumah pasong Sentul.

Aku tidak ambil pot tentang siapa Osama bin Laden. Untuk aku nama Bin Laden ini adalah nama busuk dari satu keluarga yang jahat. Sebelum 9/11 berlaku, pada tahun 1993 dahulu satu ledakan di Kerpan Kedah terjadi bilamana seorang yang bernama Bin Laden telah merampas tanah sawah orang kampong untuk dijadikan kolam udang. Aku masih ingat lagi benterokan berlaku awal tahun 90an dimana orang kampong telah bangun melawan apabila tanah sawah mereka dirampas. Manusia yang bernama Bin Laden ini telah berjaya merampas tanah sawah orang kampong dengan kerja sama United Malays National Organisation.

Mara kehadapan dua tahun kemudian : Apabila aku dibebaskan dari Kamunting aku terus mencari sebanyak mungkin maklumat tentang WTC dan 9/11. Melalui internet aku mula mendapat pemahaman jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di New York pada 9/11 itu. Aku juga dapat melihat kembali detik-detik akhir sebelum ledakan itu berlaku. Aku juga dapat melihat George Bush bermuka poyo lagi tojo dalam bilik darjah ketika diberitahu oleh pegawai sulitnya tentang serangan ini.

Semakin banyak bahan yang aku baca - semakin meyakinkan aku bahawa 9/11 adalah kerja orang dalam. Ini samalah seperti apa yang terjadi kepada kumpulan Al-Maunah. Pada hemat aku penangkapan Al-Maunah ialah agenda Mahathir pada tahun 2000. Ketika ini imej Mahathir dilihat sebagai bangkai oleh orang Melayu. Justeru satu sandiwara rompakan bersenjata dipentaskan di Sauk untuk menimbulkan simpati orang Melayu kepada Mahathir Muhamad. Juga dengan sandiwara bersenjata Al-Sauk Al Maunah ini Mahathir sedang menyediakan persetujuan orang ramai untuk menangkap pemimpin Gerakan Reformasi.

Justeru – apabila 10 orang aktivis Reformasi dan kepimpinan Keadilan di tangkap - kami dituduh yang kami sedang merancang menggunakan senjata untuk menggulingkan Mahathir Muhamad. Kami dituduh sedang menyusun gerakan ini secara sulit dan rahsia. Justeru, kerana ini maka aku berpendapat amat jelas bahawa Al Maunah hanyalah pembuka jalan untuk tangkapan beramai-ramai.

Sayangnya, agenda Mahathir dengan Operasi Al-Sauk Al-Maunah ini telah dijadikan bahan lawak oleh orang ramai. Orang ramai telah diberi tahu bahawa tiga buah Pajero telah berjaya membawa lari 4 tan senjata dalam masa 15 minit. Apabila berita ini muncul satu negara ketawa besar. Lawak Pajero ini menjadikan rancangan Mahathir Muhamad terbarai.

Untuk menolak gurindam dan seloka Al-Sauk Al Maunah ini, babak rompakan ini telah dipentaskan semula untuk membuktikan kepada orang ramai bahawa memang rompakan ini boleh berlaku dalam masa 15 minit dan 4 tan senjata boleh dimuatkan dalam tiga buah kereta Pajero.

Nasib tidak menyebelahi Mahafiraun - nama manja Mahathir ketika itu. Tidak ada sesiapa ambil pot tentang lakonan semula rompakan senjata ini. Imej Mahathir terus merundum hingga ke hari ini. Ini samalah dengan apa yang terjadi kepada George Bush sesudah 9/11.

Kajian demi kajian telah dibuat tentang apa sebenarnya berlaku sebelum dan sesudah pada 9/11. Maklumat baru muncul, maklumat tersorok dicungkil, gambar baru muncul, kenyataan yang cuba ditenggelamkan dibuka kembali – akhirnya lebih dari 50% warga Amerika tidak percaya dengan maklumat yang diberikan oleh Rumah Puteh, Tentera atau FBI.

Dalam masa yang sama semakin ramai sosok-sosok berwibawa dan berjawatan tinggi dalam kerajaan telah mula mempersoalkan ‘kerja orang dalam ini’. Mereka yang mempertikaikan naratif resmi ini bukan ‘kecik anak’. Morgan Reynolds bekas penasehat ekonomi di bawah Bush Senior, Paul Roberts Ketua Nasa dari Jabatan Pertahanan, Michel Meacher bekas Menteri Alam Sekitar United Kingdom ( 1997-2003) adalah diantara sosok yang bangun dan bersuara kerana kesangsian mereka terhadap apa yang berlaku pada 9/11.

Manakala Andreas Von Buelow bekas Menteri Pertahanan German secara terang terang telah mengeluarkan kenyataan dan menulis buku tentang konspirasi CIA yang mewujudkan 9/11.

Kemudian pada tahun 2005 aku dapat menonton dari YouTube filem dokumentri bernama ‘ Loose Change’. Dokumentri ini dengan berjaya telah membuktikan bahawa ledakan WTC pada 9/11 adalah kerja orang dalam. Malah aku sendiri terperanjat kerana ada beberapa fakta baru yang tidak aku sedari telah ditimbulkan oleh Loose Change.

Mungkin hingga ke hari ini aku rasa masih ramai warga dunia tidak menyedari bahawa pada 9/11 itu bukan dua ( not two ) tetapi tiga bangunan telah runtuh. Bangunan ke tiga ini dipanggil Building7. Yang menjadi lawak besar ( macam lawak Pajero AL-Maunah ) Building7 ini tidak ada kena mengena dan tidak diusik pun oleh kapal terbang yang dikatakan telah dibajak oleh Al-Qaida. Building7 ini terbakar dengan sendiri dan akhirnya runtuh.

Sehari sesudah 9/11, George Bush dengan tangkas telah menuduh ledakan WTC adalah kerja Al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama Bin Ladin. Justeru, semenjak 9/11 berlaku nama Osama telah menjadi nama yang digunakan untuk mengolah persetujuan warga dunia agar menyokong kuasa imperilis Amerika dalam tindakan untuk menyerang Iraq, Iran, Afghanistan dan Pakistan.

Di era Perang Dingin dahulu – sebelum runtuhnya Tembok Berlin - yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan rakyat dunia ialah Russsia dan Komunis. Selesai Perang Dingin ini Osama dan Al-Qaeda telah dijadikan hantu baru untuk menakutkan warga dunia dan menghalalkan perang dengan strateji yang dipanggil – perang menentang keganasan.

Dengan jelas aku melihat bahawa seperti Al-Sauk Al-Maunah dimana Mahathir Muhamad ingin meneruskan agenda politik untuk memperkayakan kroninya - George Bush juga telah menggunakan Osama untuk menyerang Iraq dan Afghanistan. Di Iraq ‘military industrial complex’ - kuasa industri senjata Amerika ingin menawan telaga minyak. Di Afghanistan pula yang ingin ditawan ialah punca-punca gas.

Apabila berita Osama ditembak mati di Abbotabad Pakistan aku juga tidak ambil pot. Ini bukan kerana aku masih lagi dalam Kamunting. Aku tidak ambil pot kerana dari apa yang aku kaji dan aku baca – amat jelas bahawa Osama ini adalah pekakas yang telah digunakan oleh CIA. Macam selipar jepun, macam skrew, macam beg palstik – semua ini boleh kita gunakan untuk satu ketika.

Skrew mungkin berkarat. Selipar jepun mungkin talinya terputus. Beg plastik mungkin telah terkoyak - maka semuanya boleh dibuangkan bila tidak boleh digunakan lagi. Bagitulah juga dengan sosok yang bernama Osama Bin Ladin. Jangan silap faham – bukan aku tidak menghormati orang yang telah meninggal dunia.

Tetapi untuk sesiapa yang rajin membaca dan mengkaji tentang sejarah 9/11 dan sejarah Osama akan mengakui bahawa Osama ini hanya perkakas CIA. Puluhan buku telah ditulis. Ratusan dokumentri telah dibuat. Semuanya menunjukkan bahawa Osama ini adalah apa yang dipanggil ‘asset’ dalam pengistilahan CIA. Asset ialah manusia yang bekerjasama dengan CIA dan memiliki hubungan dengan badan perisik Amerika ini.

Dari segi fakta sejarah - hubungan antara Osama dengan CIA ini terjalin pada awal tahun 80’an dahulu di Afghanistan. Ketika ini tentera Soviet Union/Russia telah menduduki Afghanistan. Amerika yang memusuhi Russia secara bijak dan terancang telah melaungkan trompet ‘jihad melawan komunis’. Berbondong bondong anak muda Islam datang untuk menyahut laungan CIA ini. Ketika ini sesiapa sahaja yang bangun melawan Russia di Afghanistan akan dipanggil Mujahidin.

Tetapi CIA memiliki satu masalah - tidak mungkin seorang Mat Saleh dari Boston atau New York yang minum arak dan bertogel siang malam dapat memimpin gerakan ‘jihad’ ini. Imej Islamik amat amat diperlukan. Maka disinilah munculnya peranan Osama Bin Laden. Seorang Arab, warak beragama, berjanggut mengikut sunnah nabi dan dikatakan kaya dan memiliki dana melimpah ruah. Sudah tepat - Osama adalah ‘asset’ terbaik untuk CIA.

Duit mula meloroh masuk membantu Mujahidin yang sedang berjihad melawan komunis. Duit dan senjata dari CIA ini dikatakan datang dari sedekah dan zakat warga Arab yang kaya raya. Bayangkan betapa gembiranya para Mujahidin apabila mendengar muslim dan muslimat bersedekah membantu mereka. Tetapi ada orang yang lebih bergumbira; kuasa imperial Amerika amat amat gumbira kerana ada orang lain yang mati melawan musuh Amerika. Inilah peranan Osama Bin Laden.

Aku tidak menafikan dan memperlekehkan niat suci Osama dan niat baik anak anak muda yang datang ‘berjihad’ di Afghanistan pada ketika itu. Sama seperti apa yang berlaku kepada tim silat Al-Maunah. Mereka kurang sedar ada agenda tersorok yang lebih besar. Mereka hanya menjadi pekakas. Dibelakang niat suci dan niat baik para Mujahidin ini adalah agenda kuasa imperial dan kuasa industri tentera Amerika untuk mendirikan Satu Kerajaan Dunia di bawah telunjuk Amerika Syarikat.(TT)

nota:
bahagian kedua minggu depan


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN 15
yang sekarang dalam pasaran
sesiapa yang ingin melanggan
akhabar minnguan ini sila
pukul talipon 03-22-72-4045


33 ulasan:

mykhalis berkata...

kirenya macam stuju la bahawa osama ni memang talibarut amerika?
perjuangan tak kesampaian osama atas niat yang betul tapi salah cara dan perlaksanaan.. niat dah betul nak lawan komunis tanpa sedar jadi alat.. tapi takkan sampai 10 tahun dia tak sedar?


koleksi artis seksi dalam majalah mangga

Jom anti PAS!!!??

Tanpa Nama berkata...

5 bintang

Tanpa Nama berkata...

MANTAP!! SATU LAGI PERKRA PELIK SEHARI SELEPAS SERANGAN OSAMA TERUS MENGAKU BAHAWA DIA YG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SERANGAN

KNP DIA TERUS MENGAKU? BUKAN KAH SENGAJA NAK MEMBURUKKAN ISLAM?

DULU OSAMA NI MMG PERNAH BERSEKUTU DGN AMERIKA MELAWAN SOVIET UNION. KENAPA TIBA2 BUAT U-TURN? NAK LAWAN BOSS. PELIK TAK?

TU PUN MASIH ADA MELAYU BODOH YG POYO JUNJUNG OSAMA SBG PENIHAD...

Tanpa Nama berkata...

Cuba buka link kat bawah dan ulas. aku nk tengok sama ada ko faham atau tak maksud aku. hahahahaha.

Lepas ko ulas, aku akan komen sama ada tepat atau tak. Kacang je ni TT.

http://malaysiakini.com/news/163845

Beruk Ketawa berkata...

Fidel Castro says al-Qaeda leader Osama bin Laden is a CIA agent.

Who always popped up when former president George Bush needed to scare the world.

Angkasa-Naut berkata...

Banyak teori konspirasi akan muncul jika kita melihat semua fakta dari satu sudut yang kita cenderung untuk pilih.

Macam cerita Apollo mendarat di Bulan pd tahun 1969. Sehingga ke hari ni, majoriti rakyat AS tidak percaya NASA dah sampai ke Bulan.

Ada yang kata AS berjaya mendarat di Bulan dan ada yang bagi hujah AS membuat rakaman dalam studio.

Padahal rakaman palsu yang tersiar di Youtube ialah sedutan dari filem Capricorn One. Banyak teori konspirasi akan kedengaran apabila kita melihat fakta dari satu sudut sahaja.

Jawapan kpd teori konspirasi AS mendarat di Bulan, perdebatannya boleh baca di sini:-

http://www.braeunig.us/space/hoax.htm

Begitu juga dengan 9/11, mungkin TT tidak melihat secara menyeluruh fakta-fakta berkaitan atau melihat dari sudut yang berpihak.

Kalau TT baca link di atas yg aku bagi, pasti TT boleh faham kenapa kenapa manusia mudah terpengaruh dgn teori2 konspirasi seperti 9/11 yang TT tulis ni.

Tanpa Nama berkata...

same-same like mk want 2 scare MY people with ghost story of DAP-Cina-ChowOneNisTik or Christian-Country...

Delmar Ran berkata...

Selain 9/11 Loose Change, dokumentari ZERO: An Investigation Into 9/11 juga menarik kerana mengulas dari aspek fizik, teknikal penerbangan dan lain-lain

Abdullah Azzam berkata...

http://screwloosechange.blogspot.com/ - pnh tgk nih? kalau dh pastinya sedara akan pikir byk kali ttg loose change..

Lang berkata...

begini lah bijak dan haluuuusss kerja2 penakluk dunia.... dan protegenya sedang copy cat the boss action...

sheikhalfarisi berkata...

as salam, jgn terlalu emosional apabila mengulas tentang osama bin laden. mentang2lah osama bekerja sama dgn cia utk menghalau kominis kamu kata osama agen cia.

yg mengatakan osama b laden ni agen cia,puak yahudi dan barat kemudian ada melayu islam yg bodoh ikut rentak yahudi dan barat memburukkan osama bin laden dan mengatakan beliau pengganas. ni baca dulu latar belakang osama b laden, taliban dan al qaeda dan afghanistan baru bg komen

sesungguhnya org2 *kafir tu tidak akan duduk diam selagi org islam tidak mengikut telunjuk mereka

* kafir tu termasuk kominis, yahudi ,nasara dll

asyMok_Aambo berkata...

Tutupla buku bab ini bro! Orang tu pun dah mati. Puak-puak dia pun dah dilaporkan MENGAKUI nya.

Kawan-kawan...
KITA ADA KERJA LEBIH PENTING!
Tumbangkan KEZALIMAN di Muka Bumi Malaysia Tanah Bertuah!.

Tanpa Nama berkata...

Orang Kafir yang mencipta segala barang yang awak gunakan sekarang. Masalahnya fikiran kamu semua sempit dan poyo taksub tanpa tak boleh terima sebarang komen. Bodoh. Kamu saja betul, agama kamu saja sempurna manakala orang lain semua bodoh. Hoi mangkuk seluar baju yang hang dok pakai bukan sesuatu yang bangsa hang ciptalah bangang. Maruah tak ada. Ambik rasuah dengan taukeh babi pun ada kemudian semua halal. Barua.

Tanpa Nama berkata...

dari segi osama .. yang tu aku tak mau sentuh ... sebabnye dari segi pandangan aku 'osama' - bush yang lahirkan ...obama bunuh 'ikon' tu...sama ada osama agen cia ke, betul betul mati ke, tak mati..yang tu aku tak mahu sentoh...apa yang aku nak sentuh..WTC,

selepas kejutan letupan pertama di wtc, bush buat tak peduli, bila letupan kedua mengeluarkan api..baru bush bergerak .... ditakdirkan letupan kedua juga tidak terbakar...rasa rasa (rasa rasa aje) bush caghi tektik baghu....
apa yang aku nak tulis ...selepas kejadian, temuramah, ulang tayang, pemberitaan dan pelbagai lagi dibuat, semasa masih panas lagi:
1. pemberitaan menyoal pegawai bomba, bagaimana dia tau bangunan satu lagi akan runtuh, semasa dia mengarahkan ahlinya keluar dari bangunan kedua, siapa yang bagi tau... tiada jawapan.
2. Mengapa runtuhan berlaku secara 'letupan terkawal', tidak kekiri atau kekanan-secara bertingkat tingkat-satu leas satu.
3. mengapa semuanye menjadi debu, tiada rangka besi yang kukuh, berdiri megah...padahal pembuat wtc, mengakui rangka dan bentuk tersebut kukuh, begitu juga, biasanye bangunan runtuh mesti dalam bentuk kepingan batu.
3. Mengapa tiada alatan pejabat, kerusi meja, komputer dan sebagainye, ketika pembersihan dilakukan.... tak bangunan yang begitu hebat, kosong...mana peginye semua alatan/perabut....
4. mengape besi tersebut tidak dijalankan dahulu penyiasatan, tapi dijual secara borong terus kepada CHINA.
5. bangunan yang tiada kaitan, yang TT katakan itu, petang baghu runtuh, tu pun jelas secara 'letupan terkawal'....
6. letupan berlaku, didalam, sebabnye jelas serpihan terpelanting keluar, bagaimana letupan 'kapal terbang' ditingkat atas, tapi sampai kebawah rentetannye....

dan etc etc etc ...banyak lagi..
tu belum lagi seminar pakar, akitek, jurutera dan sebagainye...
komen dari pakar tentera rusia, memalukan amerika....tapi dasar, tujuan menghalalkan cara, depe tak peduli...

pentagon lagi lawak....tak yah le komen ...kita tunggu TT habis cerita...

Uwajin Suprato berkata...

Osama bin Laden-TT kamu silap, jika kamu anggap Osama sebagai asset kepada CIA. Baca lagi, cari lagi maklumat, sesungguhnya Osama,Khatab, Musab Alzarqawi adalah antara nama2 yang telah memberi pengorbanan yang tak ternilai keatas perjuangan Islam yang di tekan dan tertindas di seluruh Dunia.

TT-Selidik lagi, sesungguhnya 911 adalah mainan media dan tahukah kamu tiada mangsa yang terbunuh kecuali beberap pelajar Arab yang menjadi mangsa CIA atau FBI dalam kejadian tersebut.

Jangan lah hendaknya kamu menjadi lidah kepada UTUSAN, memfitnah Osama dan mereka2 yang memberi diri harta dan keseluruhan kehidupan mereka untuk Ugama.

Kamu kena baca dan selidik kehidupan mereka-mereka tersebut, nescaya suatu hari nanti kamu menyesal atas apa yang kamu tulis ini adalah salah.

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

apa melalut malaun tanpa nama 9:47 ni. bodoh ke apa? kalau dah tau bodoh, dok diam2. jgn melalut

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn angkasanaut , sheikhalfarisi dan uwajin suprato mengenai pandangan mereka mengenai osama

bagi org yg menganggap agama hanya sebagai ikutan budaya dan tak lebih dr itu, tentu jauh beda dgn org yg melihat agama itu sebagai pegangan hidup

umpama org yg berkorban harta dan nyawa berjihad di jalan allah adakah sama dgn org yg hanya dok goyang kaki dan jadi pemerhati saja

andainya kita ditempat mereka2 ini(mujahidin) baru kita akan faham apa sebenarnya yg mereka perjuangkan dan siapa sebenarnya osama itu

Anti-kapitalisme berkata...

Hmmm.. konspirasi teori kaaa, apa kaa.. yang jelas, kapitalisme sudah membarah bikin rosak negara kita. Yang jelas, munkee2 dan barua2 di bawahnya hari-hari carik jalan macamana mau sakau duit rakyat lagi dan lagi..

Tanpa Nama berkata...

Aku syak orang yang masih anggap Osama ni sebagai sosok yang mulia ni adalah orang orang PAS.

Orang PAS kan mudah kena tipu dengan cucukkan sikit isu isu agama.

Orang PAS kena baca idea Karl Marx lebih sikit. Aku risau je orang PAS ni sebab bangang! Berkemungkinan besar orang PAS ni akan join UMNO. kah kah kah.

tanpa rela berkata...

Tanpa Nama berkata...

apa melalut malaun tanpa nama 9:47 ni. bodoh ke apa? kalau dah tau bodoh, dok diam2. jgn melalut


- setuju2,kalu dah tau bodoh,dok diam2..kahkahkah...

- best citer TT kali ni,cuma,tak pasti betol ke tak..confuse da..sbb setiap kali aku buat kajian ttg nih,ada je maklumat baru yg bercanggah ngan maklumat lama..

ntahla,Allah je Maha Mengetahui.. dan tu menunjukkan aku ni manusia lemah..

hijauputih berkata...

Bro,
Satu artikel yang baik. Samada disedari atau tidak Osama (didoa rahmatNYA keatas rohnya) telah menjadi asset kepada CIA. Osama dan Al-Qaeda mempunyai niat dan tujuan yang baik tapi telah diguna oleh CIA dan sekutu2nya. Bermula dengan bantuan di Afghanistan sebagai pejuang Mujahidin yang diberi bantuan sepenuhnya kemudian telah menjadi kambing hitam untuk lesen Amerika menyerang dunia Islam.

Lihat bagaimana tragedi 9/11 yang telah dijadikan modal Amerika melabelkan Islam sebagai pengganas. Sedangkan pendapat pakar tentang kejadian itu amat tidak lojik seperti minyak kapalterbang tidak cukup untuk letupan seperti yang divideokan, runtuhan yang sistemetik, tiada yahudi yang mati, dapat pula divideokan dengan shoot yang menarik dll.

Sekarang ni protegee pun guna video, cuma salah ambil filem hitam putih. Disiarkan fitnah berulangkali di media supaya orang percaya. Bro jangan salah faham, Amerika pun protegee, mentor dia sama dengan mentor protegee kat sini.

Yang menarik untuk dikaji kenapa tarikh 11 september yang diambil. Kalau bro x de jawapannya, esok lepas solat Jumaat bro akan dapat jawapannya.

Tanpa Nama berkata...

kalau di Arab bunuh membunuh ada saja bila lepas sembahyang jumaat, ape cerita kejam puny arab...kah kahkah...kapitalisme tujuan nak untung...niaga senjata...negara hancur maka ekonomi kapitalis masuk...agama unsur yang amat baik untuk wujudkan sentimen...

panddy kutty la najib berkata...

dari apa yang aku nampak banyak yg comment mcm terlatih nk putar belit kasik orang melayu sangsi..diorg ni lepasan camp blogger umno yg apco kendalikan kt janda baik tu ke?

golok perak berkata...

nasib yang sama menimpa selipar selipar lain yang bernama noriega, saddam hussain... cuma marcos saje yang 'taat sampai mampos' kat uncle sam .. tapi sudahnya bangkai dia pun rakyat haramkan bawak balik ke bumi Filipina .... come to wonder ... " who's next? "

sivaji da boss berkata...

bkn aset & bkn ejen cia bro tt..cia cume phk yg ambk ksmptn sbb mse 2 prg dingin...utk jtuhkn musuh diaorg,rusia..cbe tgk sjrh asia brt yg lain sbg cth sadam husin...us support sbb utk jtuhkn iran..bkn sbb sadam 2 aset cia..& osama pn trime bntuan us (klu btol la ) ats sbb nk hlau rusia n bkn sbb bersekutu dgn us..

Tanpa Nama berkata...

Anda boleh nilai konspirasi ini dengan melihat video 9/11, ini termasuk "contorl demolition"

http://www.videomomo.com/show/september+11+conspiracy

Tanpa Nama berkata...

Era Amerika sudah berakhir.sekarang adalah era Israel.huruhara yg berlaku skrg adalah kerja israel.baca hipotesis yang diambil dari http://rajanusantara.blog.com.
baca dan fikir...

a. 1511 Hijrah (2087 M) sebagai tamatnya tempoh akhir zaman
b. 40 tahun Qamariyyah sebelum 1511 Hijrah iaitu bermula 1471 Hijrah (2048 M) sebagai era Nabi Isa AS
c. 30 tahun Qamariyyah sebelum 1471 Hijrah iaitu bermula 1441 Hijrah (2020 M) sebagai era Imam Mahdi
d. 10 tahun Qamariyyah sebelum 1441 Hijrah iaitu bermula 1431 Hijrah (2010 M) adalah era Israel
e. 100 tahun Qamariyyah sebelum 1431 Hijrah iaitu bermula 1331 Hijrah adalah era Amerika Syarikat
f. 1000 tahun Qamariyyah sebelum 1331 Hijrah iaitu bermula 331 Hijrah adalah era Salibiyah (Byzantin/Rom Timur, Rom Barat kemudian United Kingdom di zaman pra-moden)
7. Mengikut teori Kingdom of God/Iluminati (1000:100:10), Kingdom of God untuk 1000 tahun sebelum kurun ke-20 adalah pada kerajaan Byzantin yang kemudiannya diwarisi oleh United Kingdom (Britain). Kemudian, Kingdom of God diwarisi oleh Amerika Syarikat untuk tempoh 100 tahun berikutnya iaitu pada kurun ke-20. Kemuncak Kingdom of God (Golden Age) adalah pada tempoh 10 tahun berikutnya yang diwarisi oleh Israel.
8. Tahun 2010 dijangka bermulanya bibit-bibit kekuasaaan Israel semakin jelas ditayangkan kepada dunia bagi menggantikan AS. Tahun 2020 adalah kemuncaknya.
9. Visi “Israel 2020” melambangkan “Golden Age” untuk Kingdom of God bagi Israel dan tidak mustahil, ketika itu “Pemimpin Yang Ditunggu” iaitu Dajjal berkemungkinan menzahirkan diri berdasarkan perancangannya pada “Israel 2020”
10. Dijangkakan kerajaan AS akan mengalami kejatuhan pada tahun 2010 sebagai kesan krisis ekonomi semasa yang berlaku. Pada tahun yang sama juga, geopolitik dunia dijangka berubah kerana negara-negara tertentu seperti China dan Rusia mahupun blok Euro akan berusaha menguatkan entity masing-masing kesan kejatuhan AS. Apapun, Israel tetap behind the scene

orang lama berkata...

loosechange tu trio budak2 upahan jewish zion, byk keluarga mangsa 9/11 pun tak percaya sgt info dari bdk2 trio tu.siapa yg taja? dah tentu jewish, siapa yg lindungi diorg? dah tentu CIA/MOSSAD..trio nie byk temberang fakta supaya rakyat usa tidak terfikir bahawa inie semua rancangan kerajaan usa sendiri, semua rakyat usa dah tahu gov,sistem diorg dikuasai oleh banker2 jewish zion.

alex jones pun 2x5 dgn trio nie, org cia jugak..tak percaya? rajin2lah belek google, masuk forum yg berkaitan dgn agneda plot diorg nie. apa pun yg pasti kapal2 terbang tu semuanya dikawal dgn remote aje, tkda penumpang langsung, org2 arab yg dikatakan penganas yg rampas kapal pun semuanya indentiti palsu rekaan cia/mossad/mi5

plan nie semua dah di rancang dari tahun 70an lagi, g.bush baca buku bertajuk "My Pet Goat" masa kat kindergarden tu..tajuk buku pun sinonim dgn drama 9/11 masa kejadian tu berlaku. http://www.youtube.com/watch?v=aVjWQrU8kbE

amerika,british tolong naikkan shah iran, saddam, osama..bila org2 yg di tolong naik nie berani melawan sistem, mereka akan dijatuhkan, di hukum bunuh. osama dah mati? aku tak tahu benar atau tak, cuma yg pasti nama osama dan ugama islam dijaja, diburukan, di cop penganas utk memberi lesen kpd geng2 nwo utk menyerang dan merompak negara2 islam.

rupanya ada kaitan peristiwa di sauk dengan tangkapan 10 reformis, si kitol tuduh ada org nak rampas senjata gulingkan dia?..mmg merbahaya betul manusia bersifat haiwan si kitol kerala nie. Kasihan dengan saudara amin serta ahli pas yg menjadi mangsa ini seperti berulang kembali peristiwa memali. si kitol terang bersuluh memusuhi perjuangan syiar islam di negara ini.

Tanpa Nama berkata...

aku suka osama mampuih..satu hape pon dia takde buat utk org islam...bom orang je keje...

Tanpa Nama berkata...

Osama bin Laden-TT kamu silap, jika kamu anggap Osama sebagai asset kepada CIA. Baca lagi, cari lagi maklumat, sesungguhnya Osama,Khatab, Musab Alzarqawi adalah antara nama2 yang telah memberi pengorbanan yang tak ternilai keatas perjuangan Islam yang di tekan dan tertindas di seluruh Dunia.

HAHAHAH!!AYAT GENG2 WAHABI SUKA BOM ORANG TUA DGN BUDAK2!

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Maaf Kalau Salah, Tapai cuba tengok betul2...Iraq berperang dengan Iran selama 8 tahun kalau tak silap aku,awal 1980an...siapa yang biaya dia sbb iran tu sekutu soviet union, so amerika kasi dana dan senjata...but, awal 90an...lepas senyap perang iran-iraq,tetiba jadi kes perang teluk, then amerika kata iraq jahat...tp sebelum tu dia yg supply senjata....same as afgan, amerika yg tolong mujahid supply senjata... akhirnya dia dianggap pelampau agama..ini berlaku selapas blok kuasa dunia di kuasai amerika...mcm tak caya tp itu hakikatnya....kalau tak tak der ler citer rambo yg dia tolong mujahid tu...he3, maksudnya semua terjadi disebabkan mereka dijadikan boneka oleh CIA dan sekutunya. Perperangan menjana sumber ekonomi yg byk bagi negara pengeluar senjata...Mcm main RED ALERT ler, kalau menang boleh ambil harta org yang kalah, curi technology...wassalam

Tanpa Nama berkata...

Perjuangan tak ternila kpd Islam?? Bom org awam,kanak2 dan wanita...tu ke Islam. Sedar lah dari tidor woi. Kena bodohkan dgn Yahudi dan Wahabi je la..yg mengagung2kan Osama.

org lma baru berkata...

budak2 trio loose change tu makan upah dgn banker uncle sam aka jew zionis, sama jugak dgn alex jones dia agent cia..sapa lagi yg cover line team yg buat havoc kalau bukan geng nwo..kalau tak dh lama mampos kiok alex dgn trio tu kena 'padam'

g.bushit siap baca buku tajuk 'my pet goat' bunyi mcm dah sama rentak dgn plan 9/11

tgk klip kat bwh
http://youtu.be/aVjWQrU8kbE

2 kapol torbang yg hentam wtc tu semua di kawal dgn remotecontrol oleh geng nsa dan cia, siap letak bom dlm tu..dlm tiang konkrit wtc diorg dah bubuh belerang sejak mula2 bancuh simen bangunan