Khamis, 15 Mac 2012

LAGI KES ROSMAH DAN NAJIB




BIK MAMA







KENYATAAN PENAFIAN TIDAK MENJERNIHKAN PELBAGAI PERSOALAN MENGENAI
INTEGRITI DAN KETELUSAN PERDANA MENTERI


Saya memandang serius kenyataan-kenyataan penafian yang dibuat tanpa
disertakan bukti berhubung dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri
yang ditimbulkan mutakhir ini. Walaupun saya mengalu-alukan kenyataan
yang dibuat oleh Shangrila Hotel, ada dua aspek yang mempersoalkan
ketelusan Perdana Menteri dalam berdepan dengan rakyat:

1. Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumbalas dari Perdana
Menteri mengenai 8 bukti yang sewajarnya diberikan kepada rakyat agar
sebarang keraguan dapat dirungkai secepat mungkin, seperti yang
disyorkan KEADILAN; dan

2. Perdana Menteri seolah-olah merasakan kenyataan penafian oleh
pejabat beliau dan Shangrila Hotel sudah memadai untuk memadamkan isu
ini.

Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos
majlis pertunangan tersebut, tetapi ketelusan dan operasi Pejabat
Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan di antara kepentingan
peribadi dan tugasan umum. Perdana Menteri menjanjikan transformasi
politik, ekonomi dan sosial sebagai jawapan kepada tuntutan rakyat
agar rasuah dan salahguna kuasa pimpinan diperangi sehabis-habisnya;
maka Perdana Menteri perlulah memberikan teladan yang baik bahawa
segala urusan Pejabat Perdana Menteri bebas dari sebarang unsur salah
guna kuasa dan pecah amanah.

Ini adalah piawaian integriti baru yang dituntut rakyat Malaysia.
Mungkin Perdana Menteri merasakan isu ini remeh, tetapi sikap Perdana
Menteri menangani isu ini membayangkan sama ada beliau betul-betul
ikhlas dalam menjalankan transformasi politik, ekonomi dan sosial
negara.

Sebab itu KEADILAN berpendapat masih banyak persoalan yang belum
dijawab dalam hal ini, terutamanya apabila dibandingkan dengan satu
lagi majlis peribadi yang menggunapakai khidmat Shangrila Hotel.

Pada hari Ahad 24 Julai 2011, Perdana Menteri telah mengadakan satu
jamuan meraikan hari lahir beliau di Sri Perdana. Banquet Event Order
(BEO) majlis tersebut diedarkan bersama-sama dengan kenyataan akhbar
ini.

Berdasarkan BEO tersebut, fakta-fakta berikut adalah tepat:

1. Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun
ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri;

2. Berbanding dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini
dengan jelas menyatakan bahawa ia majlis peribadi Perdana Menteri. Ini
menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan anak Perdana Menteri
tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya
disebut sebagai “majlis Pejabat Perdana Menteri”?

3. Perdana Menteri membelanjakan sekitar RM79,053 untuk satu
majlis meraikan hari lahir beliau; pecahannya seperti berikut:


Buffet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang RM20,700

Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai RM7,738

Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai RM5,300

Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai RM795

Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai RM31,800

Ca pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai RM12,720

JUMLAH RM79,053


4. Majlis tersebut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah
daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan
Barat dan lain-lain.


Oleh yang demikian, saya ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada
Perdana Menteri jika beliau benar-benar telus dan ikhlas untuk menjadi
teladan kepada seluruh rakyat Malaysia:

1. Bilakah beliau akan mengemukakan 8 bukti yang disyorkan
KEADILAN agar nama beliau dapat dibersihkan?

2. Dalam masa lebih kurang satu bulan, Perdana Menteri
membelanjakan setengah juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri
Perdana. Jika beliau bertegas ini dibayar oleh beliau sendiri,
bagaimanakah beliau mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan
pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa?

3. Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan yang
memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Perdana Menteri
bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa
keputusan beliau selama ini?

4. Wajarkah Perdana Menteri berbelanja besar sebegini untuk
majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia
mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan
dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap
tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang
diberikan kepada rakyat.

Perdana Menteri boleh sahaja tidak mengendahkan soalan-soalan ini,
tetapi dengan bertanyakan soalan sebeginilah rakyat dapat membongkar
pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam pengurusan dana awam NFC
sehinggakan Barisan Nasional terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat.

Perdana Menteri membuat keputusan tidak menyambung tempoh perkhidmatan
Dato’ Seri Shahrizat Jalil apabila persoalan moral bersabit integriti
sebegini diajukan kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Apabila soalan-soalan yang sama diajukan kepada beliau sekarang,
wajarlah beliau juga membuat ‘pengorbanan’ seperti yang dilakukan oleh
Dato’ Seri Shahrizat Jalil dengan menjawab satu persatu secara ikhlas
dan telus, demi menjaga integriti kerajaan.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
14 MAC 2012




11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woit isham tt mamak pudukan..

apsal ko slalu letak gambar biri2 tak abis cukur tu?

hehehe

mahaza berkata...

Ini adalah pengajaran Wak Sathia

Tanpa Nama berkata...

Menu daging kambing mongolia x order ker,mesti bik mama suka sangat ni, rakyat kena tanggung dulu,woi org umno x sedar lagi ker kena tipu kini dulu dan selamanya,bab makan kena tipu kesian2

Tanpa Nama berkata...

so....

ABUlah jawabnya...

mosabit berkata...

ni haa gaji Menteri Penuh termasuk Ketua-Ketua Menteri 10 tahun dulu....

sekarang dah naik la kottt...

kah kah kah kah kah kah .....

1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

CUBA KO BAYANGKAN GAJI & ELAUN PM + GAJI MENTERI KEWANGAN....

KAH KAH KAH KAH KAH KAH ......

Stupid University berkata...

1Malaysia adalah hak mak bapak dia! Kah! Kah! Kah! Kita nie hamba dia! Kah! Kah! Kah! Pasal tu UMNO boleh berbuat sesuka hati macam negara nie mak bapak dia punya! Kah! Kah! Kah! Kah!

Aku marah xprofessional berkata...

dulu dolah badwi kata "ubah cara hidup" masa nak naik petrol dkt 80sen ke Rm2.80 seliter....maka aku menyumpah, pantat jubo mak kau suka hati naik harga petrol melulu...

skrg narjib pulak laungkan wasatiah kesederhanaan dan janji tranformasi KERA sana sini hingga suruh rakyat susah bayar GST,cukai LHDN tinggi,my1CARE xlama lagi tp dia dan Menteri2 UMNO BN dok gasak dana kerajaan kow2 dgn xde rase bersalah dan malu pada Tuhan dan rakyat.... ni aku kata...pantat jubo bini ko yg hodoh tu suka hati jer bedal duit kerajaan...dahla botak gemuk pulak tu....bila la nak mampos

pakcik lan berkata...

Cukup baik mosabit. Patut la RM82 sebulan kecil Bg Nong Chik.

Tanpa Nama berkata...

Gambar peresmian parlimen, nape najistuya duduk di belakang, FLOM kemetot di depan? Takde protocol ke atau itukah protocol sebenar? FLOM kemetot is the PeeM?

Tanpa Nama berkata...

bentuk badan ulat bulu...
tak boleh stim...
kah...kah...kah...

kampong lad berkata...

compensation package utk pm, menteri & apa ka jadah lagi adalah isu lain. yang kita perlu paham ialah pm tak beristeri, tak berkeluarga saperti mana agong yg ada permaisuri. pm hanya satu jawatan. sebarang aktiviti peribadi najib (dia ada laki & ada anak2) menggunakan nama pm atau pmo adalah 'ultra virus', pecah amanah, pengkhianat & apa pukimak lagi. this is also applicable to all, be it in public service, private sector, wakil rakyat on both sides & what have you. yg ada kuasa selalunya tunjuk (salahguna) kuasa. kita sama2 tengok macam mana depa nak mampus, ariel sharon is one living example.