ULASAN Y.B.M. TENGKU RAZALEIGH HAMZAH MENGENAI
PERKARA YANG DIBANGKIT DALAM BUKU DR. MAHATHIR
Jumaat, 11 Mac 2011
______________________________________
Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga
dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam
tahun 1987.
Saya tidak mempunyai wang untuk tujuan itu. Saya
tidak ada kroni. Sebenarnya, saya menentang politik wang.
Allah Maha Mengetahui bahawa saya tidak pernah membuat segala
perkara itu. Sungguhpun demikian, saya dipilih setiap kali saya
bertanding di Gua Musang.
Saya tidak pernah mencuri.
Saya tidak pernah menipu.
Dia yang mencuri dan menipu
akan rasa berdosa sepanjang masa, sepanjang hayatnya
T.RAZELEIGH HAMZAH
PARIA INI MENIPU LAGI
nota:
itu pasal orang melayu
ada sebut: jaga jaga auta kalinga
ini lah dia contihnya auta kalinga
KU LI TOLAK MEMOIR MAHATHIR SEBAGAI MENIPU - mkini
Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan peluang pada pelancaran sebuah buku di Ipoh, Perak, malam semalam bagi membuat kecaman ke atas buku memoir Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai “menipu secara politik”.
Dalam memuji “kejujuran intelektual” Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik.
"Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana menipu secara politik kian menular,” katanya.
Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.
“Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.





