Jumaat, 12 Ogos 2016

NIK ABDUH TIDAK NAFI







NIK ABDUH

TIDAK NAFI

BACA BERITA 

INI BETUL2

BACA RAPI2

BACA LAGI

DIA PUTAR

KELENTONG

Tuduhan RM90 juta kerana PAS masih pilihan profesional, kata Nik Abduh

 | August 12, 2016
PAS kini menjadi tarikan golongan ilmuwan 'pemegang ijazah tertinggi' walaupun ada pihak melabelnya parti 'tok lebai'.

KUALA LUMPUR: PAS mendakwa ia terus mendapat sokongan golongan profesional, dan ini menyebabkan Sarawak Report menuduh pimpinan tertinggi parti itu menerima wang daripada Najib, kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz.
Katanya, ia susulan kegagalan beberapa pihak menyerang parti itu dalam usaha melabelnya parti “tok lebai”.
“Antara kegagalan ketara peluru mereka sebelum ini ialah usaha mengecilkan PAS sebagai para tok lebai yang meminggirkan golongan profesional dan menjadikan penyingkiran dan pembentukan parti serpihan PAN sebagai bukti kebenaran hujah mereka,” kata beliau menggunakan rujukan yang kerap digunakan media pro-Umno terhadap Amanah.
Amanah ditubuhkan September lalu oleh kumpulan profesional dalam PAS, beberapa bulan selepas perpecahan parti Islam itu kemenangan besar golongan konservatif yang dinaungi presiden Tuan Haji Hadi dan Tuan Haji Haron Din.
Sarawak Report sebelum ini mendakwa pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta dalam usaha Najib meraih sokongan parti itu susulan perpecahan pembangkang.
Nik Abduh berkata tuduhan itu merupakan sebahagian “projek besar membuang PAS daripada persada politik negara”, sambil menyerang bekas perdana menteri  Mahathir Mohamad yang sebelum ini menganggap pemimpin PAS “termakan dedak” yang diberikan Najib.
Katanya, dakwaan Sarawak Report itu usaha baru pihak tertentu menjemput “bomoh baru dari UK” bagi “meniupkan mantera jampi serapahnya” menyisihkan PAS daripada arus perdana politik.
Menurutnya, PAS kini mendapat sokongan lebih ramai golongan profesional.
“Bahkan PAS turut menerima kehadiran lebih ramai para ilmuan pemegang ijazah tertinggi bagi membantu PAS di semua peringkat terutama pada peringkat pembuat dasar dan polisi parti,” kata Nik Abduh.

Sebelum ini, PAS menafikan dakwaan Sarawak Report yang berpengkalan di UK itu, dan akan mempertimbangkan tindakan undang-undang.
 MALAON INI
DAH PANDAI
MACAM NAJIB
LAIN DITANYA
LAIN DIJAWAB
KAH KAH KAH
----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

CASH IS KING lah brother

Apa mau takut tuhan

Tuhan pun tak ada harga kan

Ini JUTA JUTA wokay

Ah Chong , hantar BENTLEY ke rumah satu !!!!!!!!!!!

BENTLEY wokay , bukan HONDA.