Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 15 Julai 2010

SATU SELANGOR NAK TAHU BERAPA UBAH CABUT SEBATANG GIGI





BERAPA BATANG GIGI DICABUT BARU BOLEH BUAT ISTANA INI




AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT UNTUK KETUANAN RAKYAT
– harakah daily

Kerajaan negeri Selangor membentangkan Akta Kebebasan Maklumat dalam sidang DUN Selangor dan berharap ia akan diikuti oleh negeri-negeri lain termasuk kerajaan pusat.

Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong ketika membentangkan usul itu berkata, akta ini bertujuan untuk memberikan hak kepada rakyat mendapatkan maklumat dan seterusnya menegakkan prinsip ketuanan rakyat.

"Semenjak pembentukan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat pada bulan Mac 2008, ketuanan rakyat dijadikan prinsip tunjang yang mempengaruhi segala tindakan dan keputusan yang diambil," kata beliau ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama.

Katanya, prinsip ketuanan rakyat inilah yang menjadi pendorong kepada segala usaha Kerajaan Negeri untuk mereformasikan, memperbaiki dan mempertingkatkan pentadbiran negeri Selangor.

"Sepertimana yang Ahli-Ahli Yang Berhormat ini fahami, rakyatlah yang memberi peluang kepada kita semua untuk berkhidmat. Dan rakyat juga yang akan merampas balik peluang tersebut jika kita lupa hakikat ini," katanya.

Katanya, ketelusan merupakan salah satu aspek utama yang cuba diketengahkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Kesetiaan Pakatan Rakyat terhadap prinsip pentadbiran yang terbuka merupakan salah satu sebab utama mengapa rakyat telah memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang lalu, tambah beliau.

Pendirian Kerajaan Negeri terhadap ketelusan telah dibuktikan dengan jelas sepanjang pentadbiran Pakatan Rakyat. Misalnya, sidang Dewan Negeri Selangor ini disiarkan sepenuhnya melalui Internet, tambah beliau dalam nucapannya.

nota:
inilah cotoh kerajaan rakyat
dengan adanya akta kebebasan maklumat
maka semua rakyat selangor boleh
meminta apa sahaja maklumat yang mereka mahu

nak tengok bil toyo pergi disneyland – boleh
nak tengok bil tiket toyo anak beranak pergi tokyo – boleh
nak tengok geran tanah 200 hektar yang di beri toyo pada pemandunya – boleh
nak tengok duit siapa dipakai khalid untuk beli lembu – boleh
nak tengok duit siapa dipakai khalid untuk beli kereta sendiri – boleh

nak tengok semua surat penjanjian kontrek pasir boleh-
nak tengok semua bil jamuan makan mb – boleh


inilah contoh ketuanan rakyat

hairan kenapa puak gerombolan menentang akta ini
puak gerombolan kata melanggar perlembagaan
melanggar perlembagaan kepala bana sapa?

rakyat nak tahu dimana toyo amabil duit
buat ramuh 23 juta ringgit
rakyat satu selangor nak tahu berapa batang gigi yang telah di cabut oleh toyo
rakyat satu selangor nak tahu berapa upah cabut sebatang gigi kah kah kah

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

isham... toyo bukan cabut gigi la... toyo ni meniaga biawak la.. meniaga biawak memang laku sbb ahli2 gerombolan memang suka makan biawak..

ko tak cayer? cuba buat kandang bela biawak tengok... laris siot.

Tanpa Nama berkata...

Satu gigi yg di cabut berharga RM45.jd toyo terpaksa kena cabut lebih kurang 533 333 btg gigi rakyat S'gor utk mendapat membina Mahligainya.

mi-phg berkata...

BAHASA JAHILIAH
-SULIT, RAHSIA KERAJAAN
-KAMI TAK TERIKAT UTK MENERIMA MANA2 TENDER
-ISA

Tanpa Nama berkata...

ADa banyak contoh lagi seperti rumah istana sebanyak/seramai 189 Ketua bahagian UMNO. Bandingkan dengan rumah ahli UMNO atau rakyat jelata lain, begitu besar bezanya, itupun orang Melayu yang berminda feudal kelas pertama taksub dengan Ketuanan Melayu tak NAMPAK!
Ambil satu contoh lagi istana Pak Lah di Perth, rumah mantan Ketua Bahagian Klang( yang mempunya 16 bilik air), istana Madey(mantan Ketua Bahagian Kubang Pasu)- ada banyak lagi. TT paparkan rumah mereka dengan rumah kos rendah rakyat atau rumah kampung usang di banyak desa baik di Semenanjung mahupun di Sabah/Sarawak. Ketuanan Melayu maknanynya mempertahankan kapitalis Melayu terus mendapat peluang daripada kehebatan kapitalis Cina dan bangsa lain. Melayu ada 20% ekuiti dan 80% lagi adalah milik kapitalis Cina dan bangsa lain. Ketuanan Melayu serang kapitalis Cina saja, tak ada kote nak serang ekuiti milik bangsa lain.

Tanpa Nama berkata...

xsangka yek.. aku bayor cukai pintu dulu utk membiayai sebatang gigi toyo... hehehe

Tanpa Nama berkata...

Si Toyo ni bukan cabut gigi satu dapat RM45, tapi jual pasir satu butir harga RM45.
Itu sebab boleh bina istana dan pergi melancung ke Disneyland Florida dan Paris.
Cucu agak aje, betul tak betul tak tau la pulak.

- Cucu Dol Said.

Tanpa Nama berkata...

533,333 batang gigi???
jika pesakit dia regular customer,
dari budak kecik sampai tua bangka,
sorang pesakit: 20gigi budak + 32gigi dewasa = 52 batang gigi sepanjang hayat
jadi dia kena ada lebihkurang 10,300 regular customer dari kecik sampailah umur dah tua semua gigi dah tanggal dah malu2 nak senyum;
sedaramara sukusakat jawa dia ada lebihkurang 100 orang
kroni2 & pencacai dia ada 200 orang
jadi kena cari lagi 10,000 orang

10,000 tu ahli2 tegar UMNgOk lah tu
cuma ahli2 tegar je sanggup diam rumah kampung yg kecik dan dah lama, sanggup hidup miskin atau sederhana, sanggup berebut2 kat pasar2raya beli tepung dan gula berkampit2 bila dengar harga nak naik 10sen sekilo bila subsidi 10sen tu ditarik, sedangkan pada masa sama ahli2 tegar ni jugak bangga menjulang ketua2 depa sambil mengaku ketua2 ni contoh melayu yg berjaya, bangga tengok ketua2 depa kayaraya duduk istana tersergam besar, bangga lagi melopong dengar cerita ketua2 depa pergi melancung luarnegara sanasini seolah2 bila sang ketua tu balik adalah bawak buahtangan yg hebat untuk setiap mereka...

rakyat didulukan... untuk dapat yg kecik2 yg cikai2 iaitu sisa2 sang ketua

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)

Tanpa Nama berkata...

rumah besar gitu mo, besar guguk nak boh nate apo.
khir toyo ni nak buboh semua keluarga toyo ko. aku rasa tak penuh pung. dasat sengoti anak toyo sekor nih. kecek berdegar2. aku gamak arwah datuk zek tu dah teruk...aiii teruk anak toyo lagi...puas hati mu khir toyo sekali jadi MB???

meli malaikat.