Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 26 Ogos 2008

SEMUA TELAH DI LAKUKAN

United Malays National Organization selama 50 tahun telah mempergunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lembaga ini yang seharusnya bebas untuk menjalankan pilihanraya telah menjadi alat yang amat penting untuk meneruskan kuasa United Malays National Organization.

Kali terakhir ialah beberapa bulan sebelum PRU ke-12 di mana Perlembagaan Malaysia telah dipinda. Pindaan ini hanya untuk menyambung umur Rashid Pengerusi SPR – budak suruhan setia – United Malays National Organization.

Di Pilihan Raya kecil P44 Permatang Pauh semua dan segala macam karenah telah dijalankan. Ada yang senyap tidak dilihat dan ada yang nampak di mata kasar.

· Pengundi hantu menyamar sebagai pengundi P44
· Pengundi asli P44 hilang nama di kertas pengundian
· Satu alamat sampai ada berbelas-belas nama dalam Daftar Pengundi
· Polis/SB/FRU berkeliaran membuat suasana cemas
· Helikopter berlegar setiap malam selama berkempen hingga ke hari mengundi
· Bom telah diletupkan
· Pengundi telah ditakut-takutkan
· Media telah seratus peratus berminggu-minggu memfitnah/mengutuk PKR
· Sumpah sumpit telah dilakukan
· Jalan telah dihalang dengan Sekatan Polis
· Tangkapan telah dilakukan

Semua ini dilakukan untuk mengagalkan Projek 3P ( Permatang Pauh, Parlimen dan Putrajaya).

Semua rancangan United Malays National Organisation ini akan GAGAL.

Parlimen Permatang Pauh akan kembali ke Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim pada 28hb Ogos 2008 akan menjadi Ketua Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya daripada Barisan Nasional. Ini hakikat.

Jika kalah PKR di P44 ertinya ini SATU PENIPUAN BESAR.

14 ulasan:

zarin berkata...

camno nak buek, gaji SPR goemn yg bayar...

madie berkata...

Sekiranya PKR kalah dalam pilihanraya kecil P44, Semua Rakyat malaysia tidak percaya dengan keputusan itu...
Percayalah...Mari lah kita sama2 berdoa agar DSAI Menang dalam pilihanraya kecil p44..
AMin...amin...Amin

mad berkata...

gomen bayar amik... pangkah.. biar sampai lebam mata... satu alamat berbelas pengundi... tu tanda baby yang isap puting dah boleh mengundi. apatah lagi yang si ayah yang menghisap jari kaki ibu!!!

bard berkata...

: terkini ..... ramai yg mengadu ... kertas undi utk petak DSAI telah disapu lilin ... sukar utk orh X DSAI

Tanpa Nama berkata...

sorong papan,tarik papan,buah keranji dalam perahu,suruh Makan,saya makan,soh mengundi...tengok kiri-kanan,takut-takut ic saya kena sapu...

samdol berkata...

takpe bro biar satu undi lebih
DSAI menang kira tetap menang sebab dia orang tipu sangat kuat

Tanpa Nama berkata...

macam cite p.ramlee-ali baba bujang lapuk dah poll pematang pauh nie-"Kita kasi pecah rumah yang bertanda fangkah!,serbu..."

Tanpa Nama berkata...

Semuanya telah Ameno lakukan. Namun Allah jua yang MENENTUKAN.
Semoga segala taktik kotor tidak berjaya menghalang 3P!

Thank you for the constant updates, Bro. Dah makan tengahari, Bro?

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf en zairin,rakyat yang bayar even gaji menteri kita yang bayarkan. Tengok yang mewah sapa?kita macam mana?Undi UMNO BN untuk dikuburkan..

Tanpa Nama berkata...

Gomen hancai boncai.... ini istilah org dalam NAVY....

mad berkata...

agak kuang hajar puak2puak akhir hayat (be END)

IP80-Ruhihayat berkata...

Maka ini saat dan masa kita Talkinkan.

Tanpa Nama berkata...

Dasyat ,meloya dan menjijikkan...
Akhirnya baru aku nampak jelas kenapa DSAI memilih bertanding di Permatang Pauh. Dengan segala bentuk penipuan dan intimidasi dari pihak pemerintah, sekiranya DSAI bertanding di kawasan parlimen lain belum tentu lagi beliau akan mudah menang. Satu tindakan bijak dan berstrategi.

Aku tidak hairan dan terkejut sekiranya majoriti kali ini kurang dari yg DSWA perolehi sebelum ini. Ianya tidak penting lagi...yg penting adalah kemenangan!!!

Tanpa Nama berkata...

saya tertarik dgn komen Tukar Tiub mengenai seorang makcik kata petak memangkah utk DSAI macam ada lilin. Mungkin pangkah itu hilang masa nak mengira undi nanti. Berhati-hati para pengira undi. 101% alert. Sekira terdpt pangkah itu tebal dan hitam bukan semcm pensil, object cepat2. Ini yg dikatakan tersirat. Setakat ini kita tak pernah mencurigai kertas undi...ttp apa-apa pun boleh berlaku.