SPR SIASAT DAKWAAN KEHILANGAN LEBIH 900 NAMA PEMILIH BERDAFTAR
BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyiasat dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai kehilangan sebanyak 944 nama pengundi daripada daftar pemilih bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata SPR akan menyiasat mengenai dakwaan itu daripada bahagian maklumat komputernya sebelum membuat sebarang ulasan mengenai perkara itu
Woit....!!! apa punya sewel SPR ni...... dak abis ngundi baru nak buat kerja. Dulu tiga ari sebelum pilihanraya batal dakwat. Ni udah mengundi baru nak cari....Apa ke jadahnya?
Khamis, 28 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
15 ulasan:
Bang, blog lu best!! Teruskan asah mata pena..pecahkan blok di minda kami..Congrat Bro!Jangan pencen..
tak payah siasat, kami dah tau keputusannya
ni lah padahnya kalau kepala SPR tu asik kena tunjal selalu dik Melayu Bersatu Kebangsaan Malaysia, lama kelamaan jadi ngok per....sampai tak reti wat keje.
alahai!!.. nama aku dah ilang...pengundi hantu dah amik... siot jer huhuhu...
dato seri isham,
berita terkini yang saya dapat ialah SPR akan menggunakan pencelup jari berwarna biru gelap untuk mengelakkan pengundi berganda. ini kerana pencelup hijau, merah dan kuning telah habis dibeli oleh pembuat kuih samprit dan london almond.
selamat ramadhan ye brader isham, posa tau, jgn tak posa~
pak isham,tulis la buku pasal pengalaman migrate dulu....pleaseeee
boleh inspied anak muda supaya berhijrah ke luar negeri.ni asyik dok malaysia je.boring!
-kak temah yang teringin pi paris
Kalau peratusan yang keluar mengundi pun dah tak tau kira.... pandai ke nak siasat????? huh!
u ah bro memang laser abis... ringkas, pedas dan terhangat antara suma2 bloggers... keep it up bro!!!!
otak SPR taraf SRP!
dah bungkuih....baru nak siasat...letak je jawatan ramai lagi yg bleh siasat cengitu...hampeh.com tul la spr nih.
TAHNIAH DSAI...SELAMAT DATANG KE PARLIMEN....
Gajah Sarkas ini tak ubah seperti Tuannya: Dolah Al Dengkuri
jgn marah SPR, depa tak salah. yg salah is ongoing PM n najib. mangkuk 2 ekoq nie yg suruh.
bro, just stumbled upon your blog...thumbs up! its great , keep writing k... eagerly waiting for more...
bro, kau tlong bongkar isu bukit putus tue bro. mat asan pnyo kojo tue.
SPR, SPR, janganlah menurunkan taraf diri lagi ke tahap PGRM...
system kehakiman - tak boleh pakai,
PGRM - tak boleh pakai
SPR - tak boleh pakai...
macam mana nak jaga maruah negara?
Komen atau ulasan biarlah berpatutan. Jangan tunjuk rasa angkuh, atau bangga diri. Akan tersirat keaipan diri.
Buat pembetulan,buat cadangan. Bermusawarah, berlapang dada. Bukan Hanya Pemimpin PR dan BN akan menanggung risiko tanggungan Akhirat.
Kita-kita yang membuat andaian juga akan menanggung risiko nya. Berfikir... berfikir... berfikir... suatu tindakan yang dapat menguntungkan semua Bangsa Malaysia.
Jangan retak mencari belah. Ambil jalan tengah bertafakurlah..buat penilaian. Baik untuk PR dan BN atau untuk diri kita sendiri. Kadang-kadang yang kita sangka itu kaca adalah permata dan yang kita sangka permata itu kaca.
Jangan sampai ibarat Orang tengah bercinta kentut pun baunya harum mewangi. Ikut emosi, ikut perasaan akan berakhir kepada kegagalan.
Saya percaya Negara Malaysia tercinta. Malaysia Boleh, Malaysia Cemerlang.
Dirgahayu Malaysia. Selamat Hari Kemerdekaan.
Catat Ulasan