Khamis, 11 September 2008
VETERAN UMNO CADANG PARTI PECAT ANGGOTA TERBABIT RASUAH POLITIK – Berita Hairan
ALOR STAR: Seorang veteran Umno mencadangkan agar parti itu memecat mana-mana anggotanya yang terbabit dalam rasuah politik tanpa mengira kedudukan mereka.
“Kalau orang sudah dapat penyakit barah, bahagian yang dijangkiti perlu dibuang terus, tidak boleh simpan lagi. Kalau dalam Umno, ahli yang terbabit dengan politik wang perlu dipecat, tidak kira apa pangkat mereka,” kata Tan Sri Khalid Abdullah.
Katanya jika Umno takut mengambil tindakan menyingkir anggota-anggota sedemikian, gejala itu akan terus berleluasa dan ini akan menghancurkan parti sekali gus memberi kesan negatif kepada bangsa dan negara.
Khalid, 86, yang juga bekas Anggota Majlis Tertinggi Umno, diminta mengulas kegusaran pelbagai pihak mengenai amalan politik wang dalam Umno khususnya setiap kali menjelang pemilihan parti itu.
kah kah kah ….. biar betul mamat veteran ni…. kalau pecat abislaaaa parti ni….ini satu cadangan yang amat bahaya…..kah kah kah.
gua rasa dia ni dari kedah …. madey pun dari kedah….. apa kah ini satu komplot nak hancur kan united malays national organistaion ke…. kah kah kah….
kalau pecat dolah tinggal najib, pecat najib tinggal rafidah, pecat rafidah tinggal nazri, pecat nazri tinggal rahim tambi cik….. cissss rahim ini lagi bahaya…. anak sekolah cucu cicit kita jadi tak selamat…. kah kah kah
Labels:
abudullah badawi,
ulam raja,
UMNO,
UMNO Pulau Pinang,
Umno Rasuah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
klau nk pecat yg rasuah ni..
rs2 tngl brapa org je org dlm
umno.. enth2 "veteren" tu pn
sptnya kn pecat gak..
haha...
bab rasuah dlm UMNO?...ermmm alamat UMNO tutup kedai, habis semua kena pecat.
aku rasa kalau mau pecat mau semua ahli kena termasuk jawatankuasa yg memecat...
umno talian dia dah nyawa nyawa ikan..
Gonjeng
rasanya yang tinggal jiran sebelah rumah gua yang jadi ahli UMNO seumur hidup tapi dah dekat penghujung hidup.Tak pernah beri rasuah katanya, terima sedekah adalah, itupun bukan apepun cuma kain batik& pelikat. tak terbabit rasuah rasuah ni, katanya!!??Hhuaah... hhuaah....hwaa. Gua bentan
Catat Ulasan