BATU PAHAT: Umno bahagian Batu Pahat mahu pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta diundang menyertai pelbagai program anjuran parti, terutama berkaitan perjuangan serta hala tuju negara pada masa depan.
Langkah itu bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada golongan yang bakal mewarisi kepemimpinan negara, mengenai apa dilakukan kerajaan bagi mencapai matlamat ditetapkannya itu.
Ketuanya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihaknya juga mahu usaha dilakukan bagi menyemai semangat cintakan negara serta menghayati erti kemerdekaan secara lebih berkesan di kalangan orang Melayu, khususnya ahli Umno.
Kah kah kah….. woit cakap pelajar ada AUKU … tak leh campur politik….ni yang buat gua konfuse ni….. ramai dah kena buang dari universiti….. ada yang masih kena gi mahkamah bicara…..
Kah kah kah…. kalau boleh gua pon mahu masuk UM balik….. gua nak duduk kat speaker corner dan nak isap keretek gua …. Kah kah kah.
Tolong tanya kardi dari sintok …. apa udah jadi dengan BTN … anak anak kecil main guli…..kah kah kah.
Jumaat, 5 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 ulasan:
Komrad Hisham,
Speaker corner UM dah lama takde...Jgn isap rokok sembarangan di tempat awam nanti Pak Guard saman kang...
AUKU dah lama membonsaikan akal fikrah pelajar. Menyekat kebebasan bersuara, berpersatuan dan lain2 lagi yang sememangnya di jamin oleh Perlembagaan Persekutuan kepada warganya. Lucu bila mahasiswa (yang bijak pandai) dinafikan hak yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan sedangkan yang tak masuk universiti mendapat lebih kebebasan ini.
yang AUKU tu kalau tak silap pelajar boleh ambil tahu pasal politik tetapi tak boleh menjadi ahli mana-mana parti politik.pelajar juga boleh mengundi jika cukup syarat.
isham,
btl la aper kau cakap, isap dji sam soe lg best..hahaha
Pelajar boleh ambil tahu hal politik, boleh mengundi tapi tak boleh jadi ahli parti politik = menyekat kebebasan berpersatuan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Faham tak? Sebarang undang2 yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah 'tidak berperlembagaan' (unconstitutional). Ia seharusnya batal dan tidak sah.
Sangat aneh bila Mahasiswa boleh ambil tahu hal politik, boleh mengundi tapi tak boleh menjadi ahli parti politik. Kenapa nak disekat kebebasan berpersatuan ni? Kalau dibenarkan sekalipun, tidak semestinya berduyun-duyun anak muda Mahasiswa menghantar borang permohonan keahlian sesuatu parti. Yang paling penting, hormati hak mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kerana kita percaya anak muda Mahasiswa matang dan boleh memimpin minda mereka sendiri. AUKU yang begitu counter productive terhadap perkembangan minda anak muda Mahasiswa wajib dibubarkan terus.
Yer Ker Cik Shahrizalisme..No Speker Coner?
Dah lama tak pegi UM....Ingat hari tu dia orang buka kat depan Perdana Siswa..kan ade stage kat situ....
Takut kot Siswa Hantam HEP-TNC pasal lambat bayar wang Pinjaman...heeheh
Tu yang tak adil UMNO nih..tukang kira Undi perwakilan kat PWTC pun guna pelajar UITM kata AUKU tak boleh politik tapi tang dia ok aje ..mangkuk betul la..macam ketam
Wassalammmmm
Masalahnya program parti pemerintah boleh kat Universiti
Parti pembangkang tak boleh pulak.
Memang sewel diorang ni..hahahaha
Tapi akhir2 ni makin ramai yang meluat...sebab banyak sangat KEBETULAN....dengan ada trip ke Australia pulak....KEBETULAN
Maksud saya fungsi 'speaker corner'utk 'free speech' dalam ertikata sebenarnya masa zaman Komrad Hisham tu dah lama takde...Zaman saya juga 1998-2006 fungsi speaker corner sebegitu
telah padam.
Yang depan Perdana Siswa tu Speaker Corner bangunan fizikalnya memang ade. Dulu, hanya jadi tempat persembahan dikir barat dan kebudayaan yang lain. Saya tak rasa sekarang 'free speech' di benarkan di situ. Kalau silap sila betulkan.
Ini memang perangai orang gila. kejap kata boleh, kejap tak boleh. apa UMNO ni? cakap mcam orang tak siuman.
Harap YB Fuad Zarkashi salah sorang yang akan lompat.
lepas tu AUKU ni dimansuhkan terus.
Penat la camni bro~!t
Kalau dah nama pembangkangtu, pembangkang juga. Apa yang kerajaan nak buat semuanya salah. Pembangkang jelah yang betul...
tu la AUKU ni umno guna untuk jaga kepentingan politik depa ja.Universiti2 lain di serata dunia mana ada larangan atau akta yang sekat pelajar macam kat malaysia.klu disekat dengan auku semua mcm ni hilang la nilai mahasiswa tu.baik budak universiti kat malaysia digelar murid2 universiti ja..
http://suarasaktii.wordpress.com
Salam Tok Hisham,
Belia yg sewel dan kurang waras sert aberhajat jd prof kang kung je nk msuk UMNO.....
Kah kah kah
Catat Ulasan