anak singa di Pulau Terberau
anak tebuan seekor lari
jika negara sudah kacau
eloklah tuan mengundur diri
pergi mandi di Titi Tinggi
jalan tersepak tali pencuci
carilah ganti berbudi tinggi
bukan perompak ganti pencuri
Kah kah kah.... pantun ni untuk sapa ni.... gua tak ambil sasteralaaaa.... gua ingat ini untuk sammy vellu..... dulu gua punya geng usman awang tapi dia sudah arwah.... kalau tidak gua tanya dia....ni buat gua konfuse.... kah kah kah.
Jumaat, 5 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
Bukan ke pantun ni utk Pak Lah..?
Bukan ke pantun ni utk Pak Lah
dah gaharu cendana pula , dah tahu wat wat tanyer plak..heeesh!
tak semestinya untuk Pak Lah.mungkin juga untuk Anwar,Najib,Lim Kit Siang,Lim Guan Eng,Mahathir....the list is endless.
tapi memang tak boleh blah bila Hishamudin kata untuk Samy Vellu.hahaha.
Saudara Isham!
Woit sana woit sini
pagi petang siang malam
woit bloggers yang berani
jangan undur ke belakang
Kah sana kah sini
tidur siang jaga malam
kah kah kah digeruni
usah cabar bloggers serang
Woit sana kah sini
pesan mufti undur diri
anak singa mahu lari
anak tebuan naik LRT
Kah sana woit sini
kisah bunuh dan sodomi
integriti sudah mati
ketelusan tiada lagi
terima kasih
Pantun 1 Mufti
kota sarat disimpan tempayan
zahir berlian disunyi hari
harta rakyat dijadikan taruhan
akhir kebencian menjadi api
Oghang Kampung
Balaih Pantun 1
Indah hidupnya di kota saghat
Berlian banyak dia miliki
Ghugi pun tiada dia tak ngaku pun jahat
Kebencian apa pun dia tak peduli
Pantun 2 Mufti
gula dan santan diuli roti
kelapa diparut dimakan sama
bila kebencian menjadi api
apa dihasut ditelan semua
Oghang Kampung
Balaih Pantun 2
Ghoti dicanai pekena ngan kaghi
Makan soghang puih sendighi
Biaq pee lah benci sampai berapi
Penghasut dia tingkah bila tiba nanti
Pantun 3 Mufti
anak singa di Pulau Tebrau
anak tebuan seekor lari
jika negara sudah kacau
eloklah tuan mengundur diri
Oghang Kampung
Balaih Pantun 3
Di mana pulau ada keghbau balau
Laghi tebuan dia jeghat nanti
Biaqlah negagha menjadi kacau
Mengundur dighi dia pantang sekali
Pantun 4 Mufti
pergilah mandi di Titi Tinggi
jalan tersepak tali pencuci
carilah ganti berbudi tinggi
bukan perompak ganti pencuri
Oghang Kampung
Balaih Pantun 4
Ghesort Mewah lebih seghonok dia mandi
Mata dia cuci jalan dia ghapi
Biaqlah peghompak biaqlah penchughi
Janji dibeghi anak menantu dia kelak pengganti
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=15397&mode=thread&order=0&thold=0
Catat Ulasan