Selasa, 26 Ogos 2008

BAS PENUH HANTU

Kecoh. Ada 3 buah bas ditangkap dan 2 terlepas.Bas ini ditangkap di Mengkuang Titi dan Seberang Jaya. Keadaan tegang. Bas ditangkap dibawa ke balai polis Seberang Jaya.

Anwar secara tidak sengaja melintasi kawasan itu. Dia bertanya kepada 'hantu-hantu' apakah tujuan datang ke Permatang Pauh. Mereka menjawab yang mereka ingin berkempen. Lalu orang ramai ketawa terbahak-bahak.

Hantu-hantu ini tidak sedar undang-undang SPR. Kempen TIDAK dibenarkan semenjak jam 12.00 malam tadi.

Bas yang di Balai Polis kelihatan kosong kerana hantu telah berpindah ke dalam van yang hilang. Untuk buat lawak sebuah bas bukan sahaja hantunya hilang tetapi kunci pun hilang sama.

Anwar datang kali ke dua untuk selesaikan keadaan. Penyokong Pakatan berkumpul. FRU mula bergerak. Keadaan menjadi lebih tegang.

Seorang penyokong PKR di hadapan balai polis Seberang Jaya ketika 'kecoh bas hantu' telah terdengar perbualan telefon seorang pegawai polis tanpa uniform kepada yang lebih atas berbunyi:

' bagilaaa depa menang... senang kita...'

Terdahulu daripada itu seorang pemantau NIEI telah diberitahu oleh orang kampung bahawa sebahagian daripada hantu-hantu ini telah sampai 10 hari dahulu. Mereka tinggal di kawasan sekitar Permatang Pauh. Ada yang datang dari Melaka.

Kekecohan bas hantu ini telah reda. Pemimpin PKR telah pun membuat laporan polis.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apaa laa depa ni...

mangkaq btui

Tanpa Nama berkata...

xda kena mengena mengenai hal ini, tapi:

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Mutakhir/20080826133306/Article

Tanpa Nama berkata...

Mungkin dalam bas tu ada hantu dari monggolia yang datang mencari Najis Port Dickson dan Rose Semak......

Tanpa Nama berkata...

Hati-hati kawan. nanti hantu-hantu cekik n isap darah ha...

Tanpa Nama berkata...

Hope for a new dawn for Malaysia! Merdeka!

www.undirakyat.com

helmyhashim berkata...

ni kes berat nih, hantu satu bas, kene panggil dr Haron din baru bole setel, kenapa x campak je paku kat bas2 nie... mungkin diorang kene naik kete polis dan trak FRU...